Close

Qualcomm menjadualkan acara Snapdragon Summit pada 15-17 November ini

Selepas mengumumkan dua cip baharu bagi peranti boleh pakai iaitu Snapdragon W5 Gen 1 dan W5+ Gen 1, Qualcomm hari ini turut mengumumkan tarikh acara Snapdragon Summit iaitu pada 15-17 November.

Acara tersebut yang akan berlangsung di Hawaii bermula pada 15 hingga 17 November yang mana sebelum ini acara tersebut berlangsung pada bulan Disember. Pada acara Snapdragon Summit, Qualcomm dijangka akan mengumumkan Snapdragon 8 Gen 2 dan Snapdragon 7 Gen 2.

Pada acara yang berlangsung pada tahun lalu, Qualcomm telah memperlihatkan beberapa teknologi baharu antara cip pemprosesnya boleh menghasilkan NFT, mencipta teknologi sambungan selular yang selamat, teknologi kamera yang lebih maju dan kemampuan AI.

Buat masa ini tidak banyak yang maklumat yang dikongsi oleh Qualcomm mengenai Snapdragon Summit. Akan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN