Close

Qualcomm umumkan Snapdragon W5 Gen 1 dan W5+ Gen 1 untuk peranti boleh pakai

Qualcomm sebelum ini memberikan gambaran awal mengenai cip baharu boleh pakai bagi menggantikan cip sedia ada. Dan hari ini Qualcomm mengumumkan dua cip baharu iaitu Snapdragon W5 Gen 1 danW5+ Gen 1 yang menggunakan teknologi binaan 4nm.


Qualcomm menyatakan cip baharu ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 2 kali ganda berbanding Snapdragon Wear 4100+. Dalam penggunaan biasa, W5+ mampu memberikan ketahanan bateri sehingga 50% lebih lama. Qualcomm dan Google telah berkerjasama dalam mengoptimumkan Wear OS dan keupayaan cip baharu.

Perbezaan ketara di antara Snapdragon W5 dan W5+ Gen 1 ialah model bukan Plus tidak didatangkan dengan AON Co-Processor. Kerana peranti boleh pakai dengan Snapdragon W5 Gen 1 adalah dibina untuk segmen khusus dan tidak memerlukan keupayaan penjimatan kuasa tambahan. Segmen khusus adalah seperti kesihatan dan juga perusahaan.


Snapdragon W5+ Gen 1 menggunakan empat teras Cortex A53 dan satu teras kecekapan Cortex M55. Menyokong RAM LPDDR4 dengan menggunakan GPU A702. Cip baharu ini juga dikatakan mampu mengendalikan lebih banyak tugas pada latar belakang dengan menggunakan kuasa yang rendah.

Mobvoi dan Oppo akan menjadi pengeluar pertama yang akan melancarkan peranti boleh pakai dengan cip baharu dari Qualcomm. Oppo dijangka akan mengumumkan peranti pertama boleh pakai baharu mereka pada Ogos ini melalui Oppo Watch 3.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN