Close

Samsung berjaya jual 10 Juta unit peranti boleh lipat dengan 70% menerusi Galaxy Z Flip3

Biarpun pasaran telefon pintar boleh lipat dilihat berkembang agak perlahan namun Samsung menunjukkan sesuatu yang berbeza apabila syarikat tersebut berjaya menjual hampir 10 Juta unit peranti boleh lipat pada 2021.

Menurut Presiden Samsung Mobile, penjualan peranti boleh lipat pada tahun 2021 adalah lebih baik berbanding tahun 2022 yang memperlihatkan peningkatan sehingga 300%. Ia menunjukkan yang peranti boleh lipat kini semakin diterima ramai.

Hampir 70% penjualan peranti boleh lipat adalah datang dari model Galaxy Z Flip3 yang juga merupakan telefon boleh lipat paling popular berbanding Galaxy Z Fold3. Harga jualan yang lebih mampu milik juga antara salah satu faktor mendorong meningkatnya jualan peranti boleh lipat.

Samsung baru-baru ini telahpun mengesahkan tarikh acara Galaxy Unpacked iaitu pada 10 Ogos ini. Pada acara tersebut Samsung akan mengumumkan peranti boleh lipat baharu mereka iaitu Galaxy Z Fold4, Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Watch 5.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN