Close

Samsung dilaporkan tidak akan melancarkan Galaxy S22 FE

Desas-desus berkenaan pembatalan Galaxy S22 FE semakin hangat diperkatakan.Pada Jun yang lalu terdapat laporan mengatakan Samsung merancang untuk membatalkan Galaxy S22 FE berikutan masalah kekurangan bekalan cip dan juga masalah ekonomi yang melanda.

Terkini menurut The Elec, Samsung hampir pasti untuk tidak melancarkan Galaxy S22 FE di atas beberapa faktor, antaranya adalah masalah kekurangan cip yang melanda dan juga peningkatan permintaan Galaxy S22 Ultra. Samsung turut menyasarkan jualan 10 Juta unit bagi Galaxy S22 Ultra pada tahun ini.

Sekiranya Galaxy S22 FE tetap dilancarkan, ia akan dijana oleh cip sama yang digunakan pada Galaxy S22 Ultra. Walaupun Galaxy S22 FE tidak akan dihasilkan untuk tahun 2022, untuk tahun 2023 Samsung merancang akan membawa kembali siri Galaxy S23 FE.

Siri Galaxy FE merupakan versi bajet bagi siri Galaxy S, menawarkan keupayaan yang hampir sama namun dijual dengan harga yang sedikit lebih rendah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN