Samsung Electronics rekrut pakar cip Apple - FUZZ.MY

ASUS

Thursday, July 28, 2022

Samsung Electronics rekrut pakar cip Apple


Samsung Electronics baru-baru ini dilaporkan telah merekrut pakar semikonduktor daripada Apple iaitu Kim Woo-pyeong.


Kim Woo-pyeon merupakan bekas pelajar Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST), memulakan kariernya bekerja di Texas Instrument dan Qualcomm sebelum meneruskan kariernya di Apple selama sembilan tahun dari 2014.


Di Samsung, Kim memegang jawatan sebagai pengarah pusat pembangunan cip baharu di Device Solution America (DSA).


Samsung Electronics ketika ini sedang memberikan tumpuan lebih kepada pembangunan teknologi, berikutan kesukaran dalam membangunkan proses fabrikasi ultra-mikro.