Samsung Galaxy S22 hadir dengan pilihan warna baharu "Bora Purple" – Penawaran bermula pada 10 Ogos - FUZZ.MY

Thursday, July 28, 2022

Samsung Galaxy S22 hadir dengan pilihan warna baharu "Bora Purple" – Penawaran bermula pada 10 Ogos


 Samsung Galaxy S22 yang telah dilancarkan pada awal tahun lalu bakal menerima pilihan warna baharu yang di panggil sebagai Bora Purple.


"Bora" merupakan perkataan dari Korea yang bermaksud Ungu jadi ia akan dinamakan sebagai Ungu Ungu (Bora Purple). 


Galaxy S22 dengan warna Bora Purple akan hadir dengan kemasan matte pada panel belakang manakala bahagian bingkai ia akan diwarnakan dengan warna yang sepadan. Dari segi spesifikasi tiada sebarang perubahan yang dilakukan.


Samsung akan mula menawarkan pilihan warna baharu ini pada 10 Ogos, iaitu hari yang sama Galaxy Z Flip4 dan Z Fold4 diumumkan.