Close

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Flip4 akan dilancarkan pada 10 Ogos ini

Samsung Mobile hari ini secara rasmiya mengesahkan acara Galaxy Unpacked akan berlangsung pada 10 Ogos ini melalui satu tweet rahsia. Melalui acara tersebut, kami menjangkakan yang Samsung akan mengumumkan Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 serta siri Galaxy Watch 5.

Pengumuman tarikh untuk acara Galaxy Unpacked kali ini agak unik, Samsung memberikan kod dan ianya perlu diselesaikan. Selepas berjaya diselesaikan dengan meletakkan nombor pada ruang warna, anda akan mendapat tarikh 10 Ogos 2022.

Setakat ini, Samsung tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasinya. Namun terdapat laporan mengatakan yang kedua-dua model akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1. Galaxy Z Fold4 dijangka akan tampil dengan kamera yang lebih baik, engsel yang lebih nipis serta skrin yang lebih lebar.

Sumber : 91Mobiles

Sumber : 91Mobiles

Sementara Galaxy Flip4 dijangka akan hadir dengan skrin dan kamera yang lebih kurang sama namun akan membawakan peningkatan dari segi kapasiti bateri 3800mAh dan pengecasan pantas 25W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN