Close

Samsung memperkenalkan memori GDDR6 24GBps pertama di dunia



Samsung Electronics hari ini mengumumkan modul memori GDDR6 (Graphics Double Data Rate 6 DRAM ) pertama di dunia dengan kelajuan 24GBps. Dibina berasaskan kepada teknologi EUV 10nm sekaligus akan meningkatkan prestasi GPU pada komputer riba dan juga konsol.

Memori GDDR6 ini juga dibangunkan dengan reka bentuk litar yang inovatif dan mengunakan bahan penebat yang canggih yang dipanggil High-K Metal Gate (HKMG) untuk meminimumkan kebocoron data. Dan ini membawa maksud, yang GDDR6 menawarkan kelajuan 30% lebih tinggi daripada modul memori sebelumnya.

Penghasilan modul memori GDDR6 24GBps adalah seiring dengan percambahan teknologi yang didorong dengan kecerdasan buatan dan metaverse yang memerlukan pemproses data lebih pantas dengan perkakasan yang lebih baik. 

Namun begitu, Samsung turut menawarkan beberapa pilihan GDDR6 dengan 20% kuasa yang lebih rendah untuk digunakan pada komputer riba dengan kelajuan 20GBps dan 16GBps. Mengunakan voltan yang lebih rendah iaitu 1.1V berbanding standard industri 1.35V.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN