Close

Semua model iPhone 14 akan hadir dengan konfigurasi RAM 6GB

Apple tidak pernah mendedahkan sebarang maklumat mengenai kapasiti bateri dan konfigurasi RAM yang digunakan. Walaupun begitu, terdapat laporan awal mendedahkan yang semua iPhone 14 akan hadir dengan konfigurasi RAM 6GB.
Semua model iPhone 14 akan menggunakan konfigurasi RAM 6GB biarpun sebelum ini ada laporan mengatakan yang iPhone 14 Pro akan tampil dengan 8GB RAM. Walaupun begitu, Apple dikatakan akan membawakan dua teknologi RAM  yang berbeza pada siri iPhone 14.
Menurut laporan DigiTimes Asia, dapat disahkan yang kesemua model iPhone 14 akan menggunakan konfigurasi RAM 6GB. Namun pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max ia akan menggunakan RAM jenis LPDDR5 yang lebih baharu dan pantas.
Manakala untuk model iPhone 14 dan iPhone 14 Max ia akan menggunakan RAM jenis LPDDR4X yang lebih lama. Sebelum ini, Apple lebih cenderung untuk menggunakan konfigurasi RAM 4GB pada versi iPhone standard  seperti mana pada iPhone 13 dan iPhone 13 mini.
iPhone 14 dijangka akan membawakan reka bentuk yang lebih baharu, kamera yang dinaik taraf dan tidak lagi menggunakan skrin jenis takuk. Ia juga mungkin akan hadir dengan versi eSim sahaja pada beberapa negara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN