Close

Sensor Periskop hanya tersedia pada iPhone 15 Pro Max sahaja

Penganalisis terkenal iaitu Ming-Chi Kuo menyatakan yang Apple akan hadir  dengan sensor Periskop pertama mereka pada iPhone 15 Pro Max. Laporan tersebut merujuk daripada beberapa dakwaan mengenai iPhone pertama dengan sensor Periskop.

Menurut Kuo, sensor Periskop pada iPhone 15 Pro Max akan mempunyai 6x magnification dan sensor 12MP 1/3″ dengan penstabilan anjakkan sensor. Biarpun khabar angin sebelum ini menyatakan yang ia mungkin hadir dengan 5x magnification namun Kuo menjangkakan ia akan hadir dengan magnification dua kali ganda memandangkan iPhone 13 Pro tampil dengan 3x magnification.

Seperti kebiasaan, iPhone versi Pro akan hadir dengan perkakasan kamera yang terbaik seperti mana pada iPhone 12 Pro Max. Merupakan satu-satunya yang hadir dengan kanta magnification 2.5x dan satu-satunya yang mempunyai sensor yang lebih besar dalam kamera utama.

Dengan modul Periskop menggunakan ruang yang lebih banyak dari kanta tele biasa dan iPhone Pro hanya bersaiz 6.1″-inci menjadi sebab utama ketiadaan sensor Periskop. 

Walaupun begitu, Kuo menjangkakan Apple akan mula menyertakan sensor Periskop pada iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Berikutan Apple ketika ini sedang membangunkan reka bentuk luar biasa dengan dua prisma seperti mana yang dilihat dalam pemfailan paten.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN