Close

Siri Asus ROG Phone 6 kini rasmi di Malaysia – Snapdragon 8+ Gen 1, paparan 165Hz dengan harga bermula dari RM 3,599


Asus hari ini secara rasminya mengumumkan barisan baharu peranti mereka yang menfokuskan kepada permainan iaitu ROG Phone 6 dan juga ROG Phone 6 Pro. Kedua–dua ini peranti hadir dengan spesifikasi tertinggi di pasaran ketika ini bersama reka bentuk yang di berikan nafas baharu.

Asus ROG Phone 6 Pro



Seperti namanya, Asus ROG Phone 6 Pro merupakan peranti paling berkuasa dengan menawarkan keupayaan maksima bagi sebuah peranti yang menfokuskan kepada permainan. Dari reka bentuk hinggalah ke bahagian dalaman peranti ini boleh dikatakan sebagai raksasa. ROG Phone 6 Pro membawakan skrin bersaiz 6.78 inci FHD+ AMOLED dengan paparan 165Hz, cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan GPU Adreno 730. Hadir dengan konfigurasi RAM sehingga 18 GB LPDDR5 serta storan sehingga 512 GB UFS 3.1.

Untuk jangka hayat bateri, ROG Phone 6 Pro membawakan bateri sebesar 6000mAh dengan teknologi bateri dwi-sel yang menyokong pengecasan pantas 65W. Dari segi fotografi, ROG Phone 6 Pro tampil dengan tetapan tiga kamera belakang dengan kamera utama 50MP, 13MP ultra sudut lebar dan 5MP makro manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor sebesar 12MP.

 Antara ciri menarik yang dibawakan Asus pada ROG Phone 6 Pro adalah seperti dua port pengecasan USB Type-C, bicu audio 3.5mm, sokongan air trigger di sisi, pembesar suara stereo dan paling menarik adalah paparan kedua pada panel belakang yang di panggil ROG Vision PMOLED yang boleh disesuaikan dengan warna skrin utama dan juga memaparkan maklumat. Selain itu, ROG Phone 6 Pro merupakan peranti permainan pertama yang hadir dengan penarafan IPX4.


Untuk pasaran Malaysia, ROG Phone 6 Pro di jual pada tanda harga RM 4,999 bagi 18GB+512GB. Akan mula di jual bermula pada September  2022. Melengkapkan Asus ROG Phone 6 Pro, Asus turut membawakan beberapa akesories tambahan seperti Aero Active cooler 6, DEVILCASE, Kunai 3 Gamepad, pelindung skrin, ROG Slash Crossbody Bag dan juga ROG Slash Hip Bag.

Asus ROG Phone 6

Seperti mana ROG Phone 6 Pro, dan ROG Phone 6 turut membawakan spesifikasi yang sama iaitu  skrin bersaiz 6.78 inci FHD+ AMOLED dengan paparan 165Hz, cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan GPU Adreno 730. Hadir dengan konfigurasi RAM sehingga 16 GB LPDDR5 serta storan sehingga 512 GB UFS 3.1.


Turut dimuatkan dengan bateri sebesar 6000mAh dengan teknologi bateri dwi-sel, menyokong pengecasan pantas 65W. Melengkapkannya tiga tetapan kamera belakang dengan kamera utama 50MP, 13MP ultra sudut lebar dan 5MP makro manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor sebesar 12MP.

Perbezaan ketara antara ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro adalah pada varian Pro ia tampil dengan paparan kedua pada panel belakang yang di panggil ROG Vision dan juga konfigurasi sehingga 18GB RAM. Walaupun begitu, pada versi standard ia tampil berbeza dengan menawarkan logo ROG dengan RBG pada panel belakang sekaligus memudahkan untuk membezakan versi Pro dan standard.

Di Malaysia, ROG Phone 6 di jual pada harga RM3,599 bagi 12GB+256 dan RM4,399 untuk 16GB+512GB yang akan mula di jual bermula Ogos 2022. Untuk Pra tempahan ROG Phone 6, ia akan bermula dari 6 Julai sehingga 30 Julai melalui Shopee dan kedai rasmi Asus. Setiap pra tempahan melayakkan anda mendapat hadiah percuma yang bernilai RM 548 dalam bentuk jaminan tambahan satu tahun bernilai RM199 dan juga Aero Active Cooler bernilai RM349. Ia juga melayakkan pengguna menerima potongan 10% jika membeli ROG Slash Crossbody Bag atau ROG Slash Hip Bag.

ARTIKEL BERKAITAN