Close

Siri Oppo Reno8 kini rasmi di Malaysia – Cip MediaTek, pengecasan pantas 80W dengan harga mencecah RM3,499

Oppo akhirnya membawakan Oppo Reno8 dan Reno8 Pro secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Siri baharu ini tampil dengan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk sejajar dengan permintaan pengguna ketika ini.

Oppo Reno 8 Pro tampil dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED FHD dengan paparan 120Hz dan turut menyokong HDR 10+. Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8100-Max, RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri sebesar 4500mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 80W.

Dari segi fotografi, Oppo Reno8 Pro membawakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP macro, menyokong MariSilicon seperti mana pada Oppo Find X5 Pro. Untuk kamera swafoto ia tampil dengan sensor sebesar 32MP. 

Ciri lain yang dibawakan oleh Oppo pada Reno8 Pro adalah Bluetooth 5.3, Corning Gorilla Glass, NFC, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari dibawah skrin dan banyak lagi.

Manakala untuk Oppo Reno8, ia dilengkapi dengan skrin 6.4-inci AMOLED FHD+ bersama paparan 90Hz. Dijana cip MediaTek Dimensity 1300, RAM sehingga 8GB LPDDR4 dan storan dalaman sehingga 128GB UFS 3.1. Bateru sebesar 4500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Dari segi fotografi, ia tampil dengan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP macro. Ciri lain yang turut hadir pada Oppo Reno8 adalah Bluetooth 5.3, Corning Gorilla Glass, NFC, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari dibawah skrin dan banyak lagi.

Untuk pasaran Malaysia, Oppo Reno8 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Shimmer Gold dan Shimmer Black dengan harga jualan bermula RM2,399. Manakala untuk Oppo Reno8 Pro juga ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Glazed Green dan Glazed Black dengan harga RM3,499.


Pihak Oppo telah membuka pratempahan bermula hari ini sehingga 29 Julai ini, setiap pembelian akan mendapat hadiah ekslusif bernilai RM1,486. Tidak cukup dengan itu, jika anda membeli dari My Oppo Space atau kedai rasmi Oppo, pembeli akan mendapat beg beli belah edisi terhad siri Reno8 dan juga tawaran eksklusif pembelian berupa rebat sehingga RM150 untuk Oppo Pad Air 4GB+64 atau rebat RM100 untuk Oppo Enco Air2 Pro. Promosi ini terhad sehingga 31 Julai 2022.

ARTIKEL BERKAITAN