Close

Siri Samsung Galaxy S23 hanya akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon?

Seperti yang kita tahu, Samsung menawarkan dua pilihan cip pada siri Galaxy “S” iaitu cip Exynos dan cip Snapdragon. Namun selepas ini kita mungkin hanya akan melihat Samsung menggunakan cip Snapdragon sahaja dan tiada lagi cip Exynos pada siri Galaxy “S”.

CEO Qualcomm iaitu Cristiano Amon, mendedahkan 75% Samsung Galaxy S22 yang dijual menggunakan cip Snapdragon dan selebihnya adalah cip Exynos. Dengan angka sebegitu, Samsung mungkin akan meningkatkan peratusan penggunaan cip Snapdragon pada siri Galaxy S23.

Selain itu, Samsung juga telah memeterai perjanjian dengan Qualcomm untuk terus menggunakan cip Snapdragon yang merangkumi teknologi 3G, 4G, 5G dan juga 6G. Namun begitu, ia bukanlah penamat untuk cip Exynos. Samsung dikatakan sedang menyusun semula rancangan untuk mengembangkan cip Exynos.

Walaupun laporan ini belum disahkan sepenuhnya, namun berdasarkan dari perjanjian yang dibuat, Samsung mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan cip terkini dari Snapdragon seperti Snapdragon 8 Gen 2.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN