Sony akan menambah sokongan resolusi 1440p pada PlayStation 5 tidak lama lagi - FUZZ.MY

Friday, July 29, 2022

Sony akan menambah sokongan resolusi 1440p pada PlayStation 5 tidak lama lagi


Fungsi yang ditunggu-tunggu buat semua pengguna PlayStation 5 untuk membolehkan ia menyokong resolusi 1440p dan membuat folder permainan dijangka tiba tidak lama lagi.



Sony hari ini, melalui kemas kini beta telahpun menyertakan kedua-dua fungsi tersebut. Dengan kemas kini tersebut, setiap permainan yang menyokong resolusi 1440p atau ke bawah akan memaparkan resolusi asli. Manakala jika ia memaparkan resolusi 2160p ia akan diturunkan kepada 1440p.



Untuk fungsi folder permainan, pengguna kini boleh membuat penyenaraian permainan yang dipasang ke dalam folder peribadi dan boleh menyenaraikan permainan dari 15 hingga ke 100.


Kemas kini beta telah pun tersedia pada beberapa pengguna di A.S, Kanada, Jepun, U.K, Jerman dan Perancis. Kami menjangkakan yang ia akan mula tersedia untuk semua pengguna tidak lama lagi.


(Sumber)