Close

Steam, PayPal, Battlenet dan Epic Games kini tidak boleh diakses di Indonesia

Beberapa platform atas talian di Indonesia tidak boleh diakses berikutan undang-undang baharu yang telah dikuatkuasa, mewajibkan semua platform atas talian perlu mendapatkan permit PSE untuk terus kekal beroperasi.

Terkini, beberapa platform atas talian yang popular tidak boleh diakses di Indonesia, antaranya adalah seperti Steam, Epic Games, Battlenet, PayPal dan lain-lain. 
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa platform atas talian yang tidak berdaftar seperti Facebook Messenger, Gmail, Waze, CloudFlare dan lain-lain masih lagi boleh diakses dan tidak disenaraikan sebagai disekat.
Buat masa ini, permasalahan ini lebih terarah kepada platform permainan digital popular seperti Steam, Epic Games, Battlenet dan Origin yang telah disekat aksesnya yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN