Close

WhatsApp kini boleh pindah data dari Android ke iPhone, ini caranya…

Selepas hampir setahun, WhatsApp akhirnya secara rasmi membawakan ciri pemindahan data dari Android ke iPhone. Ciri ini membolehkan pengguna memindahkan chat history, gambar, video dan mesej suara.

Pada Ogos tahun lalu, WhatsApp mula menawarkan ciri pemindahan data dari iPhone ke Android. Membolehkan pengguna untuk memindahkan chat history, gambar , video dan mesej suara. Kini WhatsApp mula menawarkan ciri yang sama yang membolehkan pindahan data dari Android ke iPhone.

Bagi menjalankan pemindahan data WhatsApp dari Android ke iPhone, pengguna perlu memasang aplikasi Move to iOS. Melaluinya, pengguna boleh memilih sejumlah data untuk dipindahkan dari Android ke iPhone. Untuk makluman, ciri ini juga akan memindahkan Contact, gambar, video, penanda halaman web, akaun e-mel dan kalendar.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira sebelum anda melakukan pemindahan data dari Android ke iPhone. Pertama ciri ini hanya boleh digunakan pada iPhone yang telah diformat atau baharu dan peranti tersebut sekurang-kurangnya menjalankan iOS 15.5 dan ke atas.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN