Close

Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar dengan sensor sebesar 200MP

Kita sudahpun melihat telefon pintar dengan kamera sebesar 108MP dan kita mungkin bakal melihat telefon pintar dengan kamera sebesar 200MP tidak lama lagi

Ketika ini Motorola merupakan salah satu pengeluar yang sedang membangunkan telefon pintar dengan kamera 200MP. Namun menurut laporan terbaru, Xiaomi juga dikatakan sedang membangunkan telefon pintar pertama mereka dengan kamera 200MP.

Terdapat spekulasi menyatakan yang sensor ini mungkin akan digunakan pada model Redmi K50S Pro atau mungkin Xiaomi 12T Pro, lazimnya peranti ini adalah peranti yang sama namun namanya diubah mengikut kepada pasaran.

Sensor yang menyokong resolusi sehingga 200MP adalah Samsung ISOCELL HP1 atau ISOCELL HP3. Perbezaan kedua-dua sensor ini adalah pada format optik dan saiz pikselnya di mana pada ISOCELL HP1 ia tampil dengan 1/1.22” dan 0.64µm manakala ISOCELL HP3 pula adalah 1/1.4” dan 0.56µm.

Motorola baru-baru ini telah berkongsi hasil imej peranti mereka dengan kamera 200MP yang menggunakan sensor ISOCELL HP1 yang lebih besar. Namun, Xiaomi buat masa ini belum lagi mendedahkan sensor mana yang akan digunakan memandangkan cip Snapdragon 8+ Gen 1 kebanyakkan menggunakan sensor ISOCELL HP1.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN