Close

AirPods baharu dijangka hadir dengan sokongan pengecas jenis USB-C


Apple nampaknya bakal menggunakan pengecasan USB-C pada peranti mereka secara menyeluruh, namun ianya bukan pada iPhone tetapi pada AirPods baharu. 

Menurut Ming-Chi Kuo, Apple dijangka akan mula menggunakan pengecasan jenis USB-C pada bekas pengecas AirPods baharu menjelang tahun 2023. Sekaligus membawa maksud semua AirPods yang dilancarkan sebelum tahun 2023 akan masih menggunakan pengecasan jenis Lightning seperti AirPods Pro 2.

Desakkan undang-undang dari kesatuan Eropah dikatakan salah satu sebab mengapa Apple mula menawarkan pengecasan jenis USB-C pada peranti mereka secara menyeluruh. Dengan peralihan jenis pengecasan ini, kita semakin hampir untuk melihat iPhone dengan sokongan pengecasan jenis USB-C tidak lama lagi.

 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN