Close

AmBank secara tidak sengaja memaparkan halaman khusus Apple Pay

Laporan mengenai ketibaan Apple Pay di Malaysia boleh dikatakan sudah pasti. Selepas beberapa syarikat di Malaysia mula memperkenalkan sokongan pembayaran melalui Apple Pay pada aplikasi mereka.

Terkini, AmBank melalui laman rasmi mereka secara tidak sengaja memperlihatkan halaman khusus berkenaan sokongan Apple Pay tiba di Malaysia.

Melalui laman tersebut, AmBank menyatakan sebab mengapa pengguna perlu menghubungkan kad debit atau kad kredit ke peranti Apple seperti iPhone, iPad ,Apple Watch dan Mac. AmBank juga menyatakan yang Apple Pay adalah selamat dan boleh membuat pembayaran secara terus tanpa memerlukan kad debit atau kad kredit.

Selain itu, AmBank turut menawarkan beberapa promosi kepada pengguna seperti penawaran pulangan tunai jika menggunakan Apple Pay pada pertama kali.
Ketika artikel ditulis, halaman mengenai Apple Pay di AmBank telahpun dialih keluar. Dengan maklumat ini, boleh dikatakan yang Apple Pay sah akan tiba di Malaysia dan pelancarannya mungkin akan dibuat pada masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN