Close

Android 12 hanya mempunyai 13.3% pengguna aktif di seluruh dunia

Google sebelum ini sering mengeluarkan kemas kini mengenai angka versi Android yang digunakan oleh pengguna di serata dunia. Yang memperlihatkan jumlah peratusan mengikut versi Android.

Namun, kali terakhir Google mengemaskini peratusan angka versi Android yang digunakan adalah pada empat bulan yang lalu, sebelum ia dihentikan tanpa sebab yang tidak diketahui.
Menurut data yang dikumpul melalui Android Studio yang dibuat oleh 9to5Google, angka peratusan pengguna Android 12 adalah sekitar 13.3%, dengan peningkatan kira-kira 6.6% pada bulan Mei yang lalu namun tidak disenaraikan secara jelas pada Android Studio.
Biarpun Android 12 telah diperkenalkan pada tahun lalu, penggunaannya masih di bawah paras yang rendah berbanding versi Android yang lain. Antara versi Android yang mempunyai peratusan pengguna yang tinggi adalah seperti Android 11, Android 10 dan Android 9.

Peratusan pengguna Android 12 di seluruh dunia ini dikongsi adalah di sebabkan pengumuman Android 13 yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN