Close

Android 13 kini tersedia untuk pengguna Google Pixel

Google hari ini secara rasminya mengumumkan yang Android 13 kini telahpun tersedia buat peranti Google Pixel. Jika sebelum ini kemas kini diberikan pada sekitar Oktober, namun untuk Android 13 ia diberikan sedikit lebih awal.

Biarpun secara asasnya kemas kini versi Android 13 dilihat tidak membawakan perubahan antaramuka yang ketara. Namun, ia masih membawakan beberapa peningkatan dari segi prestasi dan juga privasi.

Antara fungsi yang ditawarkan pada Android 13 adalah seperti new pop up permission panel, boleh menukar bahasa berbeza pada berbilang aplikasi, antaramuka baharu pada media player, Bluetooth Low Energy, combined display with text menu, new photo picker, Combined Security & privacy menu dan banyak lagi.

Buat masa ini, kemas kini Android 13 hanya tersedia untuk pengguna Google Pixel sahaja. Namun, pengeluar lain seperti OnePlus, HMD, Motorola, Realme, Sony, Xiaomi, dan Asus dijangka akan memberikan kemas kini pada hujung tahun ini. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN