Close

Apple dilaporkan sedang membuat persediaan pelancaran iPhone 14


Apple dijangka akan mengumumkan siri iPhone 14 tidak lama lagi. Ketika ini pelbagai khabar angin mengenainya telah tersebar. Terbaru, Apple dilaporkan sedang membuat persediaan pelancaran bagi siri iPhone 14.

Menurut laporan Bloomberg, Apple dikatakan telahpun memulakan pra-rakaman dan sesi media untuk pelancaran iPhone 14 yang akan dilakukan secara maya. Acara fizikal dikatakan tetap akan dibuat namun ia mungkin secara kecil dengan media dari Amerika Syarikat akan dijemput seperti mana ketika WWDC.

Sementara itu, menurut laporan dari Max Weinbach. Acara pelancaran siri iPhone 14 mungkin akan dibuat pada 6 September. Manakala untuk jualan ia mungkin bermula pada 16 September. Namun begitu, laporan mengenai tarikh pelancarannya masih lagi belum dapat disahkan tetapi terdapat kemungkinan.

Apple dijangka akan membawakan empat varian iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Max dan iPhone 14 Pro Max. Model bukan Pro akan dijana cip A15 Bionic dan mengekalkan reka bentuk yang sama, manakala bagi versi Pro ia akan dijana cip A16 Bionic dan membawakan reka bentuk yang baharu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN