Close

Apple kembalikan paparan peratusan bateri pada iOS 16 Beta 5

Apple akhirnya membawakan kembali paparan peratusan bateri selepas ciri ini dibuang bermula ada iPhone X. Selepas lima tahun, ciri ini dilihat tersedia melalui kemaskini iOS 16 Beta 5 yang dilancarkan baru-baru ini.

Punca paparan peratusan bateri dibuang adalah kerana Apple mula menggunakan skrin jenis takuk. Menjadikan ruang menjadi terhad dan hanya boleh memaparkan grafik bateri sahaja. Dan untuk melihat peratusan bateri, pengguna perlu melakukan beberapa langkah iaitu dengan menatal notifikasi ke bawah.
Namun, melalui iOS 16 Beta 5 Apple mula membawakan kembali dan menambah baik ciri ini. Jika sebelum ini, peratusan bateri diletakkan di sebelah ikon bateri, kini peratusan bateri diletakkan di dalam ikon bateri. Dan apabila peranti dicas, terdapat ikon petir menandakan bateri sedang dicas yang turut memaparkan peratusan bateri.

ARTIKEL BERKAITAN