Close

Apple menjadualkan acara pelancaran pada 7 September – Siri iPhone 14 bakal diperkenal

Apple secara rasminya telah menjadualkan acara pelancaran pada 7 September 2022. Melaluinya, Melalui acara tersebut Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 14 disamping beberapa produk lain.


Seperti biasa, Apple dijangka akan membawakan empat varian iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Max dan iPhone 14 Pro Max. Model bukan Pro akan dijana cip A15 Bionic dan mengekalkan reka bentuk yang sama, manakala bagi versi Pro ia akan dijana cip A16 Bionic dan membawakan reka bentuk yang baharu.


Selain dari siri iPhone 14, produk lain yang dijangka akan turut diumumkan pada acara tersebut adalah Apple Watch siri 8.


Tidak ketinggalan, Apple turut akan melancarkan sistem operasi baharu iaitu iOS 16. Melaluinya, pelbagai ciri baharu akan dibawa seperti antaramuka yang lebih kemas, widget, dan lain-lain.

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai acara pelancaran tersebut. Namun, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN