Apple merancang untuk meletakkan lebih banyak iklan pada iPhone dan peranti Apple - FUZZ.MY

Monday, August 15, 2022

Apple merancang untuk meletakkan lebih banyak iklan pada iPhone dan peranti Apple


Pertama kali Apple memperkenalkan iklan di App Store adalah pada tahun 2016 dengan meletakkan iklan pada aplikasi Stocks dan News. 


Terkini, Apple dilaporkan akan meletakkan lebih banyak iklan pada aplikasi mereka pada iPhone dan peranti Apple yang lain. Aplikasi yang mungkin akan mempunyai iklan adalah aplikasi seperti Peta, Books, Podcast dan juga Apple TV Plus.


Menurut Mark Gurman, Apple ketika ini dikatakan telah menguji untuk meletakkan iklan carian pada aplikasi peta yang akan memaparkan pengesyoran apabila pengguna membuat carian berkenaan restoran, kedai atau perniagaan yang berdekatan.



Sebelum ini, Apple telahpun melaksanakan model pengiklanan yang sama pada App Store, yang mana pembangun boleh meletakkan iklan mereka pada halaman carian untuk pertanyaan tertentu. 


Dengan langkah Apple merancang untuk meletakkan lebih banyak iklan pada App Store, ia memberi isyarat bahawa syarikat itu sedang mengembangkan perniagaan mereka melalui pengiklanan. Insider turut melaporkan perkara yang sama, di mana Apple sedang merancang untuk menyusun semula perniagaan mereka dengan menfokuskan kepada penstriman dan pengiklanan.


(Sumber)