Apple minta pembekal hasilkan 90 Juta unit iPhone 14 - FUZZ.MY

Friday, August 12, 2022

Apple minta pembekal hasilkan 90 Juta unit iPhone 14


Beberapa penganalisis mempertikaikan permintaan Apple dalam menghasilkan siri iPhone 14 di tengah-tengah kemelesetan ekonomi global. Yang mana Apple merancang untuk meningkatkan sepenuhnya pengeluaran bagi siri iPhone 14.


Menurut Bloomberg, Apple meminta pembekal untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 90 Juta unit siri iPhone 14 iaitu jumlah yang sama dihasilkan oleh pembekal pada siri iPhone 13. Apple menjangkakan yang penjualan iPhone 14 adalah sama seperti siri iPhone 13 ataupun lebih.


Biarpun ditengah-tengah kemelesetan ekonomi, Apple menjangkakan yang mereka akan berjaya menghasilkan kira-kira 220 Juta unit iPhone pada tahun 2022. Merujuk kepada kejayaan Apple pada suku ketiga, tidak mustahil akan terjadi perkara sama pada siri iPhone 14.


Apple dijangka akan membawakan empat varian iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Max dan iPhone 14 Pro Max. Model bukan Pro akan dijana cip A15 Bionic dan mengekalkan reka bentuk yang sama, manakala bagi versi Pro ia akan dijana cip A16 Bionic dan membawakan reka bentuk yang baharu.


(Sumber)