Close

Apple mungkin akan melancarkan iPad versi mampu milik

iPadOS 16 mungkin akan dilepaskan sedikit lewat, iaitu pada bulan Oktober. Sekaligus, memberikan gambaran tiada kelibat iPad baharu akan diperkenalkan pada acara pelancaran iPhone 14 pada September ini.

Spekulasi mengenai iPad baharu akhirnya terjawab, berdasarkan dari laporan terkini. Apple dijangka akan melancarkan iPad Pro dengan cip M2 pada bulan Oktober. Menariknya, pada pelancaran tersebut Apple dijangka akan turut mengumumkan iPad versi mampu milik.

iPad versi mampu milik ini dikatakan sebagai pengganti kepada iPad 10.2 (2021), namun hadir dengan rekaan yang lebih nipis, bingkai jenis rata dan terdapatnya bonggol kamera di bahagian belakang. Selain itu, ia akan menggunakan skrin yang lebih besar, sambungan jenis USB-C dan tiada bicu audio. Dijana cip A14 Bionic dan turut menyokong rangkaian 5G.


Namun begitu, laporan ini masih terlalu awal untuk dipastikan. Mungkin akan ada perubahan dari masa ke semasa mengenai iPad versi mampu milik ini. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN