Close

Apple mungkin lancarkan iPhone 14 pada 7 September ini

Seperti kebiasaan, siri baharu iPhone akan diperkenalkan sekitar bulan September. Merupakan peranti yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pengguna untuk melihat inovasi yang dibawakan oleh Apple pada iPhone baharu.

Menurut Bloomberg, Apple dijangka akan memperkenalkan siri iPhone 14 pada 7 September, dan peranti akan mula tersedia pada 16 September.


Sumber: Theapplehub


Apple dijangka akan membawakan empat varian iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Max dan iPhone 14 Pro Max. Model bukan Pro akan dijana cip A15 Bionic dan mengekalkan reka bentuk yang sama, manakala bagi versi Pro ia akan dijana cip A16 Bionic dan membawakan reka bentuk yang baharu.


Pada acara tersebut, Apple dijangka akan turut mengumumkan jam tangan pintar baharu iaitu siri Apple Watch.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN