Close

Apple Pay buat masa ini tidak tersedia untuk pengguna CIMB


Apple Pay telahpun rasmi untuk pengguna di Malaysia, dengan beberapa bank telahpun menyokong ciri ini seperti Maybank dan AmBank. Namun, terdapat beberapa bank masih lagi belum menyokong Apple Pay seperti UOB, Public Bank dan CIMB.


CIMB baru-baru ini, mengesahkan yang mereka belum lagi menyokong ciri Apple Pay berdasarkan tweet balas yang dibuat melalui akaun rasmi mereka. 

Namun begitu, CIMB tidak menyatakan adakah mereka akan menyokong Apple Pay ataupun tidak pada masa akan datang. Bank lain seperti OUB dan Public Bank buat masa ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai sokongan Apple Pay.

Kami sudahpun mencuba pembayaran melalui Apple Pay di pusat beli-belah One Utama, apa yang boleh dikatakan kebanyakkan pekedai sudah mula menyokong pembayaran melalui Apple Pay biarpun hari ini merupakan hari pertama Apple Pay rasmi di Malaysia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN