Close

Asus menjadualkan acara pelancaran ROG 6D Ultimate pada 19 September ini

Asus hari ini telah mengesahkan tarikh pelancaran bagi peranti baharu mereka iaitu ROG Phone 6D Ultimate pada 19 September 2022.


Melaluinya, Asus dijangka bakal membawakan beberapa perubahan dari segi spesifikasi namun masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti model sebelumnya.

Antara spesifikasi yang telah disahkan pada ROG Phone 6D Ultimate adalah, ia akan dikuasakan oleh cip Dimensity 9000+. Melaluinya, ia akan menawarkan peningkatan sehingga 5% pada CPU dan 10% pada GPU berbanding pada ROG Phone 6 Pro yang menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh Asus. Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN