Close

Asus ROG Phone 6D dijangka hadir dengan cip Dimensity 9000+

Asus dijangka akan memperkenalkan sebuah lagi peranti gaming yang akan dikenali sebagai ROG Phone 6D. Jika sebelum ini, ROG Phone sinonim dengan model “Pro” atau “S” namun untuk model kali ini hadir sedikit berbeza iaitu dengan nombor model “D”.

Menurut laporan, Asus ROG Phone 6D dijangka akan dikuasakan oleh cip Dimensity 9000+ dan bukanya cip dari Snapdragon. Peranti ini dikatakan akan dilengkapi dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan juga storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.

ROG Phone 6D didakwa akan membawakan peningkatan sehingga 5% dari segi CPU dan GPU berbanding ROG Phone 6 Pro yang menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Namun begitu, buat masa ini Asus belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai ROG Phone 6D. Kami menjangkakan, lebih banyak maklumat akan didedahkan oleh Asus tidak lama lagi. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN