Close

Asus Zenfone 9 rasmi tidak akan dilancarkan di Malaysia

Asus yang baharu sahaja melancarkan siri baharu peranti kompak mereka iaitu Zenfone 9, dan apa yang mengejutkan adalah Asus tidak merancang untuk menjual peranti tersebut di pasaran Malaysia.

Menurut Asus, tiada perancangan untuk membawakan Zenfone 9 ke pasaran Malaysia. Kerana buat masa ini Asus lebih menfokuskan kepada penjualan peranti permainan untuk pasaran tempatan.
Selain itu, kurang mendapat permintaan juga merupakan salah satu sebab mengapa Zenfone 9 tidak akan hadir di pasaran Malaysia.

Zenfone 9 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.9-inci AMOLED 120Hz, dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri 4300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 30W. Untuk pasaran Eropah, ia di jual pada tanda harga RM3626 (€799 ) untuk 8GB+128GB.

ARTIKEL BERKAITAN