Beberapa perkhidmatan Maybank akan terjejas sementara waktu pada 21 Ogos ini - FUZZ.MY

Saturday, August 20, 2022

Beberapa perkhidmatan Maybank akan terjejas sementara waktu pada 21 Ogos ini


Maybank melalui Facebook rasmi mereka telah memuat naik kenyataan mengenai beberapa perkhidmatan mereka akan terjejas untuk sementara waktu pada 21 Ogos 2022 berikutan kerja penyelenggaraan.


Antara perkhidmatan yang akan terjejas adalah perkhidmatan Maybank2u dan juga perbankan mudah-alih. Perkhidmatan tersebut tidak akan boleh diakses bermula jam 3 pagi sehingga 7 pagi.


Manakala untuk mesin ATM dan terminal layan diri (SST) akan dibuka bermula jam 7 pagi dan bukan 6 pagi pada hari berkenaan. Dalam kenyataan yang sama, Maybank turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.


(Sumber)