Close

BMW M mendedahkan prototaip i4 M50 berasaskan kuad-motor EV yang lebih berkuasa


BMW M dilaporkan sedang membangunkan prototaip dengan kuad-motor EV yang berasaskan rekaan dari model i4 M50. Selain itu, model baharu ini juga akan mendapat sentuhan yang sama seperti model siri M.

Model ini akan mempunyai motor kuasa pada setiap roda yang mampu bertindak dengan tepat dan pantas dalam menghantar tork. Kuad-motor ini juga akan berfungsi sebagai penjana untuk menyalurkan semula elektrik kepada bateri.

Kelebihan lain pada kuad-motor ini adalah mampu mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi biarpun jalan dalam keadaan basah atau diliputi salji.

Dari segi reka bentuk, prototaip ini akan membawakan rekaan hadapan yang sama seperti model G80 M3 atau G82 M4. Susun atur radiator pada model ini juga akan menggunakan rekaan yang sama seperti model siri M yang terkini.

Prototaip i4 M50 ini telahpun diperkenalkan pada bulan Jun tahun lalu. Mempunyai kuasa puncak pada 544ps dan tork pada 795 Nm.  Kelajuan dari 0-100 km/j hanya mengambil masa 3.9 saat sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN