Close

Cara untuk pasang Apple CarPlay pada Perodua Alza AV 2022

Seperti yang kita tahu, Perodua Alza AV 2022 menyokong ciri Apple CarPlay dan juga Android Auto. Namun, untuk ciri Apple CarPlay ia belum tersedia untuk pengguna Malaysia.

Terkini, Perodua mengesahkan yang ciri Apple CarPlay kini sudah tersedia untuk digunakan. Bagi mengaktifkan ciri Apple CarPlay ini, pengguna yang telah menerima kenderaan perlu pergi ke pusat servis Perodua berdekatan untuk mengakfitkan ciri tersebut.

Manakala,bagi pengguna baharu ia akan diaktifkan sewaktu pembelian. Ciri Apple CarPlay ini sebenar telahpun tersedia. Namun, ia memerlukan kelulusan dari Apple sebelum ia boleh diaktifkan.

Sebagai tambahan, ciri Apple CarPlay ini hanya tersedia untuk varian Perodua Alza AV 2022 sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN