Close

Celcom akan menguji rangkaian 5G kepada umum bermula September ini


Pengguna Celcom dijangka akan dapat menikmati rangkaian 5G tidak lama lagi
. Selepas Celcom dikatakan akan memulakan ujian rangkaian tersebut kepada umum bermula September ini.

Berikutan dari itu, Celcom dikatakan telah menyepadukan sambungan jalur lebar 5G di 1,000 tapak telekomunikasi di seluruh negara.

Selain itu, Celcom juga dikatakan telah menguji rangkaian 5G mereka secara dalaman yang melibatkan kakitangan mereka di Kuala Lumpur.

Sekiranya tiada halangan dan semuanya berjalan seperti yang dirancang, Celcom dijangka akan mula menyedia perkhidmatan 5G kepada semua pengguna mereka menjelang September ini.

Selain Celcom, beberapa lagi syarikat telekomunikasi utama turut dikatakan sedang menjalankan ujian rangkaian 5G di beberapa bandar utama. Kami menjangkakan akan lebih banyak syarikat telekomunikasi akan mengumumkan perkhidmatan 5G mereka tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN