Close

Cip Tensor baharu untuk Google Pixel 8 dilaporkan sedang dibangunkan

Seperti kita tahu, Google menggunakan cip mereka yang tersendiri pada Google Pixel 6. Yang mana ia dibangunkan dengan kerjasama dari Samsung.

Samsung nampaknya terus menjadi pilihan Google untuk membangunkan cip Tensor yang seterusnya. Berdasarkan dari laporan awal, Google dan Samsung dikatakan telah memulakan pembangunan cip Tensor generasi baharu.
Cip Tensor generasi baharu ini dijangka akan dimuatkan pada siri Google Pixel 8 yang akan dilancarkan pada tahun 2024.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah cip Tensor generasi baharu ini akan dapat menyaingi cip pengeluar lain seperti Qualcomm, MediaTek dan lain-lain.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat terperinci yang didedahkan mengenainya. Mungkin akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN