Close

Ciri NFT pada Instagram kini menyokong lebih dari 100 negara termasuk Malaysia

Pada Mei yang lalu, Meta mengumumkan yang mereka mula menyokong ciri NFT (Non-Fungible Tokens) pada Instagram. Yang membolehkan pencipta dan pengumpul terpilih berkongsi koleksi digital mereka di Instagram.

Terkini, Meta mengumumkan yang mereka kini menyokong lebih dari 100 buah negara termasuk Afrika, Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Amerika. Di samping itu, Meta kini mula menyokong dua lagi sambungan Wallet pihak ketiga iaitu Coinbase Wallet dan Dapper Wallet menjadikan 5 jenis Wallet yang disokong ketika ini.


Buat masa ini, Meta menyokong beberapa Blockchain seperti Ethereum, Polygon dan Flow. Manakala, untuk jenis sambungan Wallet pihak ketiga pula ialah Rainbow, MetaMask, Trust Wallet, Coinbase Wallet dan Dapper Wallet Menariknya, tiada sebarang bayaran yang dikenakan jika berkongsi koleksi digital di Instagram.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN