Close

Daihatsu perkenalkan konsep EV berasaskan Perodua Axia – Akan menjadi kereta elektrik mampu milik?

Melalui Acara Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS), Astra Daihatsu Motor telah memperkenalkan kereta konsep EV mereka iaitu Ayla EV. Model ini adalah Daihatsu Ayla namun hadir dengan kuasa bateri dan jika di Malaysia ia dikenali sebagai Perodua Axia.

Kereta konsep ini dibina dengan menukar enjin empat silinder kepada kombo motor elektrik 60 kW (80 hp) dengan bateri EV 32 kWh. Ayla EV ini juga tampil dengan suspensi yang lebih keras berikutan berat kereta bertambah berbanding kereta bukan elektrik. Turut diubah suai adalah pada bahagian bawah kereta yang tertutup sepenuhnya untuk keselamatan dan juga aerodinamik.

Dari segi rekaan, terdapat beberapa perubahan pada Ayla EV seperti pada bumper dan grill depan, panel meter digital, lampu belakang LED berkembar, cermin sisi kamera, aksen elektrik yellow dan juga menggunakan warna dua tona.

Dengan pengenalan Ayla EV atau Perodua Axia EV ini, kita mungkin bakal melihat kereta EV mampu milik akan tiba tidak lama lagi. Namun buat masa ini, ADS belum mempunyai rancangan untuk melancarkan pada masa terdekat. Tetapi ia ada dalam rancangan masa panjang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN