Close

DJI Avata dilancarkan dengan harga bermula dari RM4,899

DJI mengemaskini dron mereka dengan memperkenalkan DJI Avata untuk pasaran tempatan.

Antara ciri baharu yang dibawakan oleh Avata ialah kawalan penerbangan jenis First Person View (FPV) untuk memberikan pengalaman kawalan yang imersif. Untuk menyokong ciri tersebut ia memerlukan aksesori tambahan iaitu DJI Googles 2 dan juga DJI Motion Controller.

Dari segi rakaman, ia mampu merakam sehingga 4K 60fps dan mempunyai storan terbina 20GB. Selain itu, ia turut menyokong slot mikro SD. Dari segi jarak kawalan, ia menyokong sehingga 10km FCC atau 2km CE berbeza mengikut kepada kuasa radio.

Dron ini mempunyai bateri sebesar 2420mAh yang mampu bertahan selama 18 minit dan beratnya hanyalah 410g.

Di Malaysia, DJI Avata ditawarkan dalam dua pilihan, dengan pilihan pertama adalah DJI Avata Fly Smart Combo yang hadir dengan dron, DJI Motion Controller dan juga DJI FPV Googles V2 pada harga RM4,899.

Manakala pilihan kedua pula adalah Pro View Combo yang hadir bersama dron, DJI Googles 2 dan DJI Motion Controller pada harga RM5,899.

ARTIKEL BERKAITAN