Close

Elon Musk merancang untuk membeli Manchester United

Nama pasukan Manchester United pada ketika ini sedang kuat dilaungkan, berikutan dua kekalahan yang dihadapi oleh pasukan itu telah meletakkan mereka berada dikedudukan paling bawah dalam Liga Perdana Inggeris. Namun, perkara itu tidak memberikan kesan kepada Elon Musk, apabila merancang untuk membeli Manchester United.

Merujuk kepada Tweet yang dibuat oleh Elon Musk melalui akaun rasminya, mengatakan yang beliau merancang untuk membeli Manchester United. Tweet yang bermula dengan Elon Musk menyatakan sokongan terhadap sebuah parti politik telah diteruskan dengan menyatakan beliau berminat untuk membeli Manchester United.

Sebelum ini, Elon Musk juga merancang untuk membeli Twitter, tetapi pada akhirnya pembelian tersebut tidak berlaku apabila beliau menarik diri berikutan Twitter dikatakan tidak telus dalam beberapa perkara.

Jika anda salah seorang pengikut Elon Musk di Twitter, anda mungkin mengetahui yang beliau seorang yang suka berjenaka dan sarkastik. Jadi, tidak hairanlah jika perkara tersebut mungkin boleh berlaku atau tidak akan berlaku.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN