Close

Garmin Approach S42 dilancarkan di Malaysia dengan harga RM1,480

Garmin kini sedia menawarkan peranti boleh-pakai baharu mereka iaitu Garmin Approach S42 untuk pasaran tempatan. Merupakan jam pintar yang memfokuskan kepada sukan golf dengan GPS yang mempunyai maklumat lengkap 42,000 padang golf.

Approach S42 hadir dengan skrin sentuh bersaiz 1.2-inci dan menggunakan binaan jenis logam pada tubuhnya. Mempunyai jangka hayat bateri sehingga 240 jam yang turut menyokong pengecasan pantas.

Antara ciri menarik yang ada pada Approach S42 adalah seperti Green View yang memaparkan maklumat berkenaan bentuk muka bumi padang golf  untuk menjadikan pukulan lebih tepat. Manakala, ciri AutoShot Game pula mengukur jarak pukulan seterusnya merekod data terus ke dalam aplikasi Garmin Golf.

Selain itu, peranti ini juga menyokong ciri penjejak aktiviti untuk merekod aktiviti harian dan juga kebolehan menerima notifikasi seperti emel, teks dan sebagainya.

Di Malaysia, Garmin Approach S42 ini dijual pada tanda harga RM1,480. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna Rose Gold dengan Light Sand Band, Polished White dengan White Band dan Gunmetal dengan Black Band.

ARTIKEL BERKAITAN