Close

Garmin Enduro 2 dilancarkan – Menyokong pengecasan solar dengan bateri mampu bertahan sehingga 550 hari

Garmin merupakan jenama popular dalam menghasilkan jam tangan pintar yang lasak, sering digunakan oleh pelari profesional dan atlet endurance. Terkini, Garmin memperkenalkan satu lagi model baharu iaitu Garmin Enduro 2.


Enduro 2 hadir dengan skrin AMOLED 1.4-inci dengan sapphire crystal untuk menambah ketahanannya. Dari segi binaan pula, ia menggunakan kerangka jenis polimer gantian karbon manakala pada bahagian panel belakang dan bezel ia meggunakan titanium. 

Dari segi sambungan, Enduro 2 menyokong Wi-Fi, Bluetooh, dan juga ANT+ secara terbina. Manakala untuk ciri fitness tracker ia hadir dengan kadar denyutan jantung (Garmin Elevate v4 heart rate sensor), SpO2, sleep dan stress monitoring, race predictor, peta topographical, grade-adjusted pace, running dynamics dan banyak lagi.

Untuk ketahanan bateri, Enduro 2 mampu bertahan selama 46 hari apabila digunakan dalam mod jam tangan pintar, manakala 150 jam dengan GPS dan 550 hari jika digunakan dalam mod jimat. Selain itu, Enduro 2 juga menyokong pengecasan solar secara terbina dan mempunyai flashlight. Harga jualan bagi Enduro 2 adalah sekitar RM4,902 ($1,100).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN