Close

Harga jualan bagi iPhone 14 mungkin sama seperti iPhone 13

Harga jualan bagi siri baharu iPhone sentiasa menjadi perhatian, beberapa maklumat awal mengenai harga siri iPhone 14 telahpun tersebar di arena web. Namun, maklumat terbaru mengenai harga iPhone 14 mungkin sedikit mengejutkan.
Menurut “yeux1122”, Apple dikatakan tidak akan menaikkan harga jualan bagi iPhone 14 versi bukan Pro. Tindakan itu dibuat bagi meningkatkan jualan dan mengimbangi permintaan yang dilihat semakin berkurangan di tengah-tengah kemelesatan pasaran telefon pintar global ketika ini.
Penetapan harga jualan bagi iPhone versi bukan Pro dikatakan telah dibuat di peringkat eksekutif tertinggi. Laporan ini dikatakan diperoleh daripada institusi kewangan utama Amerika Syarikat yang tidak disebutkan namanya.
Jika benar apa yang dilaporkan, iPhone 14 dengan saiz 6.1-inci akan dijual pada harga sekitar RM3,558 ($799). Harga sama yang ditawarkan pada iPhone 13.
Apple dijangka akan membawakan empat varian iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Max 6.7 dan iPhone 14 Pro Max. Model bukan Pro akan dijana cip A15 Bionic dan mengekalkan reka bentuk yang sama, manakala bagi versi Pro ia akan dijana cip A16 Bionic dan membawakan reka bentuk yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN