Close

Honor 70 5G kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1,999

 

Honor akhirnya menawarkan peranti kelas pertengahan baharu mereka iaitu Honor 70 5G secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Melaluinya, hadir dengan peningkatan dari segi spesifikasi dan juga rekaan.

Honor 70 5G hadir dengan skrin bersaiz 6.67-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dijana cip Snapdragon 778+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Menjalankan sistem operasi Magic UI 6.1 berasaskan Android 12.

Bateri sebesar 4800mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W. Dari segi fotografi, ia membawakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 54MP+ 50MP + 2MP. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti NFC, Wi-Fi 6 dan lain-lain.

Di Malaysia, Honor 70 5G dijual pada tanda harga RM1,999 untuk 8GB+256GB. Setiap pembelian akan menerima hadiah menarik bernilai RM597. Bagi yang ingin mendapatkan peranti ini, ia akan tersedia melalui pengedar rasmi Honor di seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN