Close

Honor menjadualkan acara pelancaran Honor 70 pada 18 Ogos ini

Honor Malaysia melalui Facebook rasmi mereka telah menjadualkan acara pelancaran bagi Honor 70. Acara tersebut akan berlangsung pada 18 Ogos 8 malam waktu Malaysia.

Melalui Honor 70, Honor menawarkan kemampuan kamera yang lebih baik dengan menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor sebesar 54 MP IMX800, 50 MP ultra lebar dan 2 MP kamera makro. Manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor 32 MP.

Untuk rekaan, Honor 70 hadir dengan Symmetrical Slim Design dengan skrin jenis melengkung. Manakala untuk panel belakang ia tampil dengan kemasan Glossy bersama dua bulatan kamera. Buat yang masih tidak tahu, peranti Honor 70 juga dilengkapi dengan Google Mobile Services (GMS).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN