Close

Huawei Mate X3 dijangka akan dilancarkan pada Disember ini

Huawei dijangka akan mengumumkan peranti boleh-lipat baharu mereka tidak lama lagi. Melaluinya,  Huawei dijangka akan membawakan sejumlah peningkatan pada peranti boleh-lipat baharu mereka yang akan di kenali sebagai Huawei Mate X3.

Berdasarkan dari laporan terbaharu, Huawei dikatakan telahpun memulakan fasa pembangunan bagi peranti boleh-lipat mereka yang seterusnya. Dijangka akan dilancarkan pada Disember 2022 bersama satu lagi peranti iaitu Freebuds 5.


Huawei Mate X3 dijangka akan hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, Huawei Mate X3 juga dikatakan akan mempunyai ketahanan yang lebih baik. Ia juga akan hadir dengan engsel yang baharu yang dapat mengurangkan lipatan.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate X3 dijangka akan dijana cip Snapdragon 888 4G, RAM sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 512GB, bateri 4600mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Seperti peranti baharu Huawei yang lain, Mate X3 akan menjalankan Harmony OS 2.0.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai Huawei Mate X3. Akan lebih maklumat akan didedahkan pada masa akan datang. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN