Close

Huawei MateBook X Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM9,999 bersama hadiah bernilai RM1,900


Huawei Malaysia
kini menawarkan komputer riba andalan mereka iaitu MateBook X Pro ke pasaran tempatan. Membawakan reka bentuk yang lebih baik dan juga peningkatan spesifikasi yang terkini.


Huawei MateBook X Pro hadir dengan skrin bersaiz 14.2-inci resolusi 3120×2080 paparan 90Hz dengan nisbah aspek 3:2. Sekaligus memberikan pengalaman skrin yang sangat baik. 

Dikuasakan dengan cip intel Core i7-1260P yang digabungkan dengan RAM 16GB LPDDR5 dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD. Membawakan Kapasiti bateri sebesar 60Wh dengan pengecasan pantas 30W.

Dari segi reka bentuk, MateBook X Pro membawakan rekaan yang kompak dan nipis dengan berat hanya 1.26kg dan tebal 15.6mm. Ia turut menggunakan bahan New Micro-arc Oxidation Coating untuk memberikan pengalaman yang berbeza apabila menyentuhnya. 



Ciri lain yang hadir pada MateBook X Pro adalah seperti 6 pembesar suara, pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, Ai Gesture, Smart Huawei, Super Device, Smart Conference dan sebagainya.




Di Malaysia, MateBook X Pro dijual pada tanda harga RM9,999. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,900 berupa sepasang Huawei sound joy dan juga perisian Office Home & Student 2021. Bagi yang berminat, Huawei MateBook X Pro kini tersedia di semua pengedar sah Huawei Malaysia atau boleh membeli melalui laman web rasmi Huawei.

ARTIKEL BERKAITAN