Close

Huawei MateBook X Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga mencecah RM9,999

Huawei Malaysia secara rasminya akan membawa komputer riba andalan mereka iaitu MateBook X Pro ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Membawakan reka bentuk yang lebih baik dan juga peningkatan spesifikasi yang terkini.

Huawei MateBook X Pro hadir dengan skrin bersaiz 14.2-inci resolusi 3120×2080 paparan 90Hz dengan nisbah aspek 3:2. Dikuasakan dengan cip intel Core i7-1260P yang digabungkan dengan RAM 16GB LPDDR5 dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD. Membawakan Kapasiti bateri sebesar 60Wh dengan pengecasan pantasn 30W.

Dari segi reka bentuk, MateBook X Pro membawakan rekaan yang kompak dan nipis dengan berat hanya 1.26kg dan tebal 15.6mm. Ia turut menggunakan bahan New Micro-arc Oxidation Coating untuk memberikan pengalaman mewah apabila menyentuhnya. Ciri lain yang hadir pada MateBook X Pro adalah seperti 6 pembesar suara, pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, Ai Gesture, Smart Huawei, Super Device, Smart Conference dan sebagainya.



Untuk pasaran Malaysia, MateBook X Pro dijual pada tanda harga RM9,999. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,900 berupa sepasang Huawei sound joy dan juga perisian Office Home & Student 2021. Bagi yang berminat, pra-tempahan sudah boleh dibuat menerusi pengedar rasmi Huawei di seluruh Malaysia dan peranti mula tersedia pada 19 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN