Close

Huawei MatePad Pro 11 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM2,999

Huawei MatePad Pro 11 telahpun diumumkan secara rasmi pada acara Huawei APAC Smart Office Launch 2022 yang berlangsung di Bangkok. Merupakan tablet paling berkuasa yang ada di pasaran ketika ini dan kini ianya ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.


Huawei MatePad Pro 11 hadir dengan skrin bersaiz 11-inci OLED yang menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan Snapdragon 870 atau Snapdragon 888 yang digabungkan dengan RAM sehingga 8 GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri sebesar 8300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W untuk Versi LTE dan Huawei SuperCharge 44W untuk versi Wi-Fi.


Untuk Fotografi, MatePad Pro hadir dengan tetapan dwi kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8 MP ultra lebar. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Turut menyokong pelbagai ciri seperti Super Device, Tablet Snippet, enam pembesar suara jenis stereo, sistem penyejuk 3D Graphene dan sebagainya. Turut hadir bersama adalah aksesori tambahan iaitu M Pencil 2 yang lebih ringan dan Smart Magnetic Keyboard.



Untuk pasaran Malaysia, Huawei MatePad Pro 11 hadir dalam dua pilihan iaitu dengan Snapdragon 870 untuk versi Wi-Fi dan Snapdragon 888 untuk versi LTE. Untuk harga jualan ia bermula pada RM2,999 (8GB/128GB) untuk versi Wi-Fi dan RM3,699 (8GB/256GB) untuk versi LTE.


Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,400 yang berupa Huawei Smart Magic Keyboard, Huawei M-Pencil 2 dan ganjaran ekslusif HMS untuk masa terhad. Bagi yang berminat, pra-tempahan sudah boleh dibuat menerusi pengedar rasmi Huawei di seluruh Malaysia dan peranti mula tersedia pada 19 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN